KOREA

 
SEOUL, KOREA SELATAN - OKT 2012
 
Setakat hari ini antara institusi bukan sekolah yang mempunyai hubungan jalinan kerjasama antarabangsa dengan SEHEBAT ialah KAIST (Korea Advanced Institute of Science Technology) Korea Selatan pada tahun 2012. Seramai 19 orang pelajar SEHEBAT bersama-sama dua orang guru telah mengunjungi KAIST untuk menjalinkan jalinan kerjasama selain memotivasikan mereka supaya belajar di universiti tersebut pada suatu masa nanti. Institut yang bercirikan kelengkapan moden dengan menyediakan kemudahan bas mesra alam iaitu menggunakan tenaga solar dan elektrik, menjadikan institusi tersebut antara institusi yang terbaik di Korea Selatan. Kesempatan mengunjungi Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan dan mendapat motivasi daripada kaunselor di kedutaan amat bermakna dan membangkitkan semangat untuk belajar dalam kalangan pelajar SEHEBAT yang menyertai rombongan pada kali ini.
 
 
Beberapa tempat menarik turut dikunjungi bagi memberi peluang kepada pelajar SEHEBAT melihat dengan mata sendiri keindahan dan kehebatan KOREA secara keseluruhannya. Tiada kenderaan buatan Negara lain selain buatan Korea sendiri di Negara ini. Mereka amat berbangga dengan kenderaan buatan sendiri seperti Hyundai dan Kia. Bagi mereka memakai kenderaan sendiri adalah kebangaan nasionalisme mereka. Mereka juga hanya memakai telefon bimbit jenama SAMSUNG malah perumahan di Korea juga ditaja oleh syarikat gergasi besar mereka.
 
 
 
Keindahan alam yang ada di Korea sedikit berbeza dengan Negara Malaysia. Mereka benar-benar memelihara keindahan dan kebersihan alam sekitar. Sistem perparitan dan pembangunan yang teratur menjadikan korea sebuah Negara yang cantik, kemas dan harmoi.
 
 
Mount Sorak adalah gunung yang tidak sunyi dikunjungi oleh orang ramai. Puncaknya yang tinggi menjadikan tempat ini sungguh menarik dan mesra pengunjung. Menaiki kereta kabel dari paras terendah ke tahap tertinggi sungguh mengujakan.
 
 

No comments:

Post a Comment