KHATULISTIWA PENDIDIKAN INDONESIA - JANUARI 2013
SEHEBAT juga mempunyai hubungan jalinan antarabangsa yang baik dengan Khatulistiwa Pendidikan Indonesia iaitu sebuah organisasi antarabangsa yang berpusat di Jakarta Indonesia dan merupakan institut pendidikan terbaik dalam memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi melalui berbagai-bagai kegiatan yang bersifat fleksibel, efektif, inovatif, kreatif, dan dinamik bagi guru dan dunia pendidikan terutama di Indonesia.

Khatulistiwa Pendidikan Indonesia telah membawa beberapa orang Kepala Sekolah sewaktu berkunjung ke SEHEBAT pertama kali pada awal Februari 2013 antaranya ialah Sekolah Menengah Atas 1 Karawang, Jawa Tengah,Indonesia manakala dari Sulawesi Kepala Sekolah yang hadir adalah dari Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Konawe, Sekolah Menengah Atas Negeri 2 Konawe, Sekolah Menengah Atas Negeri 3 Konawe, Sekolah Menengah Atas Negeri 5 Konawe, Sekolah Menengah Atas Negeri 6 Konawe, Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 1 Konawe, dan dari Jawa Barat pula ialah Madrasah Negeri 14, Jakarta, Indonesia.



No comments:
Post a Comment