DUMAI, INDONESIA - JULAI 2013
Kunjungan ke Sekolah Menengah Atas Negeri 2 Dumai, Sumatera Indonesia juga turut dilakukan lewat tahun lalu. Kunjungan ke sekolah ini sebagai kunjungan balas daripada mereka. Menghabiskan masa hampir tiga hari di Dumai memberikan pengalaman baharu kepada pelajar-pelajar SEHEBAT.
Mereka menghabiskan masa belajar bersama-sama dalam bilik darjah selain melakukan aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Mengunjungi tempat-tempat bersejarah di sekitar Dumai benar-benar memberikan pengalaman yang tiada tolok bandingannya.



No comments:
Post a Comment