BATAM

 
BATAM, INDONESIA - APRIL 2013

aringan Antarabangsa bermaksud hubungan dua hala antara sekolah dengan sekolah yang dijalankan bertujuan untuk pertukaran kemahiran atau perkongsian maklumat bagi menambah baik enviromen sekolah. Pada tahun 2013, SEHEBAT telah mengadakan jaringan antarabangsa dengan Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 1 Batam, Indonesia. Sekolah yang unggul bertaraf antarabangsa ini melahirkan cendekia Komputer dan Robotik. Sering memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa menjadikan daya penarik untuk mengunjungi sekolah ini dan melihat sendiri kehebatan siswanya memasang, menghasilkan komputer riba, komputer tab, dan gajet yang terkini. Pengalaman sangat bernilai diperoleh di sekolah ini.
SEHEBAT juga mengunjungi Pondok Pesantren Al Kausar di Batam. Tujuan kunjungan ke sekolah ini adalah  untuk  memberikan sumbangan yang termampu kerana sekolah ini diusahakan sepenuhnya oleh seorang ustaz dan tidak mendapat apa-apa bantuan daripada pihak kerajaan.


 
 
 
Sumber kewangan yang diterima adalah daripada sumbangan orang ramai dan juga hasil daripada penjualan ikan keli yang dipelihara. Dengan mengunjungi pesantren ini, sekurang-kurangnya dapat membuka  mata anak-anak tentang erti keselesaan dan kesyukuran nikmat Tuhan.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment