CHINA

 
BEIJING, CHINA - JUN 2013
 
Pada bulan Jun 2013, BLCU (Beijing Language Culture University), Beijing, China pula dikunjungi oleh lebih kurang 14 orang pelajar SEHEBAT. Universiti yang menawarkan bidang bahasa ini mempunyai ramai pelajar yang berasal dari Malaysia dan menuntut dalam bidang bahasa Mandarin sebagai cara untuk mendapatkan tempat belajar di China. Ada juga antara mereka yang belajar di universiti ini dan menjadi guru bahasa Mandarin apabila tamat kelak.
 
 
 
Kesempatan terbaik bagi pelajar-pelajar SEHEBAT apabila dapat mengunjungi Tembok Besar Negeri China dan Stadium Birdnest sebagai mercu tanda Beijing.

 
 

 
Sebelum pulang, mereka sempat mengunjungi Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan bertemu dengan Duta Besar. Datuk Duta memberikan penerangan tentang prospek kerjaya dan bidang tugas sebagai seorang duta menjadikan kunjungan ke rumah agam di tengah Bandar Beijing amat bermakna.
 
 


 
 

No comments:

Post a Comment